Rumah Terbuka Jelajah #Kitaselangor Aidilfitri Daerah Hulu Selangor

Rumah Terbuka Jelajah #Kitaselangor Aidilfitri Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan jayanya apabila dibanjiri dengan lebih 10,000 pengunjung pada 29 April 2023 bertempat di Padang Taman Awam, Hulu Bernam bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Hulu Selangor merupakan lokasi kedua siri jelajah ini setelah Sepang yang diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Turut hadir YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd , Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe Basre, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Ahli Dewan Negeri Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar, YAD Dato’ Raja Muzafar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Ketua- Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Selangor.

Terdapat lebih 30 gerai yang diwakili oleh pelbagai agensi di Daerah Hulu Selangor ini yang menghidangkan pelbagai jenis juadah antaranya kambing bakar, sate, ayam bakar madu, lemang rendang, mi goreng, kuih muih, air balang dan banyak lagi.

Selain disajikan dengan pelbagai juadah menarik, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan Jay Jay dan Iman Troye serta tarian dan persembahan dari Anggun Gemersik Tari, Pelajar Sekolah Menengah Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

MPHS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Majlis MPHS, warga kerja dan semua Jabatan, Agensi dan Pejabat DUN yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Hulu Selangor kerana hadir memeriahkan Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

#Malaysiamadani

#KitaSelangorAidilfitri

#Majlisperbandaranhuluselangor

#JKSAHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015