Sesi Audit Pelaporan Karbon Bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengemukakan penyertaan bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) kepada pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bagi penyertaan Tahun 2021.

Sesi Pengauditan telah dijalankan pada 27 Januari 2022 bertempat di Jabatan Perancang Bandar, MPHS. Sesi Audit tersebut telah dihadiri Pegawai dari MGTC yang terdiri daripada Cik Nor Aslaili binti Mahmood selaku Penyelia serta 3 Orang Auditor MGTC iaitu En. Mohammad Fendi bin Mustafa, Puan Wan Nur Azwani binti Mohamad Masri dan YM Raja Aiman Bin Raja Ahmad Tajudin Shah.

MPHS telah mengemukakan sebanyak 8 penyertaan pada Tahun 2021 yang melibatkan kategori Zon dan Partners. Tujuan sesi audit ini dilaksanakan adalah untuk perakuan dan pengiktirafan prestasi karbon MPHS bagi Tahun 2020.

Turut sama pada sesi audit ini Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS. Tuan Yang Dipertua mengharapkan agar sesi audit ini memberikan keputusan yang positif dari pihak MGTC. MPHS komited dalam pelaksanaan program ini selaras dengan Matlamat Hulu Selangor Ke Arah Bandar Rendah Karbon Pada Tahun 2035.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015