Sesi Libat Urus Kerajaan Negeri Selangor Bersama MPHS

Satu Sesi Libat Urus Mengenai Pembangunan Daerah Hulu Selangor Antara Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat, MPHS Pada 15 Jun 2022.

Sesi dipengerusikan oleh Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan dihadiri Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Tuan Mohamad Hanafe Basri, Pegawai Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta pegawai pegawai-pegawai Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir bersama agensi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa.

Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan mendengar perancangan pembangunan serta hala tuju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam merangka Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 sebelum pelancarannya yang akan dibuat semasa Sidang Dewan Negeri yang akan bermula pada 25 Julai 2022.

MPHS merupakan PBT yang ke 10 dalam siri jelajah sesi libat urus ini. Dalam sesi ini, MPHS turut mengemukakan beberapa cadangan dan isu pembangunan di Daerah Hulu Selangor. Isu -isu yang dibangkitkan tidak memfokuskan bidang kerja majlis sahaja tetapi juga isu-isu yang berkaitan agensi luar yang turut sama terlibat dalam pembangunan di Daerah Hulu Selangor.

Kerajaan negeri optimis menjangkakan pembangunan Daerah Hulu Selangor berpotensi besar untuk menjadi pemangkin pembangunan di Negeri Selangor dalam tempoh 10-15 tahun akan datang dengan salah satunya projek laluan dan stesen ECRL yang akan berada di daerah ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015