Slot suntikan tanpa janji temu di PPV Dewan Komuniti Serendah akan ditingkatkan kepada 600 sehari berbanding 300 ketika ini

Slot suntikan tanpa janji temu di PPV Dewan Komuniti Serendah akan ditingkatkan kepada 600 sehari berbanding 300 ketika ini.

Sumber: Media Selangor (https://selangorkini.my/2021/08/slot-vaksin-tanpa-janji-temu-di-serendah-ditambah-300-lagi/)

HULU SELANGOR, 4 OGOS: Slot suntikan tanpa janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Komuniti Serendah akan ditingkatkan kepada 600 sehari berbanding 300 ketika ini.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu bagi melancarkan proses suntikan sekali gus melengkapkan kadar vaksinasi di Hulu Selangor yang ketika ini mencatat 60 peratus bagi dos pertama.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan rancangan menambah slot juga sudah dikemukakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19.

“Jumlah kehadiran di sini agak tinggi malah setiap hari kira-kira 1,500 dos diberi melibatkan individu yang menerima janji temu di aplikasi MySejahtera serta tanpa janji temu,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas meninjau PPV terbabit di sini hari ini turut memuji proses pemberian vaksin yang teratur dan lancar di sebalik kesesakan lalu lintas yang dihadapi.

“Semalam ada khabar kesesakan jalan raya, jadi mungkin perlu ada inisiatif antaranya menyediakan tapak letak kenderaan di padang sekolah berdekatan supaya pengunjung tidak perlu menunggu terlalu lama,” katanya.

Dewan Komuniti Serendah antara 10 PPV terpilih di Lembah Klang untuk pemberian vaksin tanpa janji temu melalui program jangkauan ke kawasan pinggiran Lembah Klang berkuat kuasa 2 Ogos.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata PPV Serendah menghadapi kekurangan bekalan susulan kehadiran penerima yang ramai.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015