Struktur Binaan Menara Telekomunikasi Di Sita MPHS

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengambil tindakan sitaan terhadap barangan pembinaan struktur menara telekomunikasi milikan syarikat persendirian kerana didapati meletakkan barangan pembinaan tersebut di tempat awam tanpa kebenaran MPHS di atas kawasan lapang MPHS, Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 1 Mac 2022.

Operasi yang bermula jam 9.05 pagi itu di anggotai oleh 2 orang kakitangan Jabatan Bangunan MPHS, 1 orang anggota penguatkuasa dan panel kontraktor yang dilantik oleh MPHS.

Menurut Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, tindakan awal telah diambil oleh pihak majlis dengan mengeluarkan arahan notis pada 14.1.2022 supaya pemilik struktur mengalihkan/memindahkan struktur menara telekomunikasi berkenaan dari lokasi tersebut. Setelah tempoh yang diberikan sudah tamat, kita dapati pemilik struktur gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan sitaan telah diambil ke atas struktur menara telekomunikasi berkenaan dan di bawa ke Depoh Tahanan Penguatkuasaan untuk tahanan dan tindakan selanjutnya. Tindakan pengalihan/pemindahan ini telah dilaksanakan di bawah sek. 46(3), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan yang disita atas risiko tuan pemilik struktur dan pihak Majlis tidak bertanggungjawab terhadap barang yang disita.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749163

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015