Tahniah diucapkan kepada seluruh warga MPHS atas Pengiktirafan 5 Bintang bagi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga MPHS atas Pengiktirafan 5 Bintang bagi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana yang diumumkan dalam Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) semalam.
Konvensyen selama 2 hari ini menghimpunkan semua PBT seluruh Malaysia yang antara lain bertujuan menyediakan lapangan perbincangan merentasi sempadan Negeri untuk PBT menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif mengenai tanggungjawab PBT terhadap penduduk dan pemegang taruh, berdasarkan kepelbagaian pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbiran PBT masing-masing; dan
Memberi peluang untuk perkongsian pengalaman berkaitan penyelesaian isu-isu perbandaran yang inovatif dan kreatif secara holistik melalui penglibatan pemain industri, ahli akademik, jabatan/ agensi Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam sesi panel dan pembentangan yang direncanakan bagi Konvensyen kali ini. Turut hadir dalam Konvensyen ini, Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming , Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Yang Dipertua, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin Zakaria, Ahli- Ahli Majlis dan Pengarah- Pengarah Jabatan.
Dalam majlis yang sama MPHS turut menerima Penghargaan bagi PBT Terbaik Perbandaran bagi Kategori Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk.
MPHS turut merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga penduduk Hulu Selangor yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik, teguran dan maklumbalas yang membina dan sokongan yang padu terhadap program- program dan inisiatif yang dijalankan. Semoga kerjasama erat ini dapat kita teruskan demi membangunkan Daerah Hulu Selangor.
TERIMA KASIH HULU SELANGOR

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015