The 21st International Architecture Interior Design & Building Exhibition 2022 (Archidex), Kuala Lumpur Convention Centre

Karnival Orang Asli yang berlangsung di Jalan Dato’ Tabal, Kuala Kubu Bharu pada 2 Julai 2022 merupakan kerjasama antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama pelajar akhir separuh masa Pembelajaran Jarak Jauh Fakulti Komunikasi dan Media, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
 
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria dengan dihadiri oleh Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Pegawai JAKOA Hulu Selangor, Azri Satun dan Mohd Nur Najmi Nuji, Pensyarah UiTM merangkap penasihat program PReach 2 Sustainability. Turut hadir Ahli majlis dan Pengarah MPHS.
 
Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Pemulihan Pelancongan Hulu Selangor yang bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi masyarakat setempat setelah negara masuk ke fasa endemik. Pada masa yang sama mewujudkan penglibatan ke arah program tanggungjawab sosial korporat Majlis bersama Universiti teknologi Mara UiTM dan NGO luar.
 
Antara pengisian program adalah seminar dan perbincangan penyelidikan mengenai Peranan Perhubungan Awam Digital dan Perhubungan Awam dalam media sosial untuk tujuan pemasaran produk peserta. Selain itu, ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga-peniaga kecil (IKS) menjual hasil mereka kepada orang awam dan memberi peluang kepada orang awam dan pelancong membeli produk kreatif masyarakat setempat serta meningkatkan pengetahuan dan peluang untuk merasai budaya sebenar masyarakat orang Asli di Malaysia.
 
Karnival yang dianjurkan selama sehari ini terbahagi kepada 3 program yang dijalankan secara serentak iaitu Jaringan Preach, Bazar Preach dan Preach Bersatu. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan orang asli, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Agensi kerajaan serta NGO.
Jaringan Preach merupakan satu platform perkongsian ilmu pengetahuan yang bertujuan untuk membantu perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan memperkasakan komuniti orang asli dengan memberi kesedaran tentang kepentingan pemasaran digital di media sosial dalam memacu pemulihan pelancongan di Hulu Selangor.
 
Bazar Preach pula merupakan medium untuk golongan sasar memperkenalkan dan memasarkan kraftangan artisan orang asli dan orang tempatan melalui produk eko-pelancongan tempatan serta mempromosikan produk-produk lain yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, orang awam dan pelancong berpeluang membeli produk kreatif masyarakat setempat serta meningkatkan pengetahuan dan peluang untuk merasai budaya sebenar Orang Asli di Malaysia.
 
Selaras dengan usaha MPHS menjadikan Bandar Kuala Kubu sebagai sebuah Bandar Warisan, Preach turut mengadakan program khidmat komuniti dengan memperindah kawasan lorong belakang di Bandar Kuala Kubu Bharu. Program ini menumpukan projek seni lukisan jalanan bertemakan kehidupan masyarakat orang asli Suku Temuan. Untuk rekod, suku kaum Temuan banyak terdapat di Hulu Selangor. Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, turut menyokong program ini dengan menaja lukisan yang dihasilkan oleh pelukis kontemporari orang asli, Shaq Koyok.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015