Tiga Premis Dikenakan Tindakan Atas Pelbagai Kesalahan

TIGA PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas dua premis di kawasan Industrial MIEL, Batang Kali pada 17 Februari 2021 yang lalu.

Operasi dimulakan di premis yang menjalankan aktiviti membuat dan mencetak kotak yang disyaki melepaskan effluen berwarna ungu ke longkang seliaan Majlis dan Sungai batang Kali yang berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan dijalankan tiada effluen berwarna ungu keluar dari premis tetapi premis didapati tidak mengamalkan sistem pengstoran bahan buangan terjadual dengan baik. Pihak JAS telah mengeluarkan notis serta mengambil sampel bahan buangan terjadual untuk dilaksanakan siasatan selanjutnya.

Operasi diteruskan di kawasan yang sama ke atas sebuah premis yang menjalankan operasi kitar semula plastik yang menghasilkan resin/ pallet daripada plastik terpakai. Semakan mendapati premis mempunyai lesen perniagaan Majlis namun tidak menyatakan aktiviti kitar semula plastik.

Pihak SPAN dan LUAS menyatakan terdapat risiko pelepasan effluen berikutan sistem kolam rawatan yang terlalu kompleks dan tidak digunakan lagi, mungkin telah dipintas, dan menyebabkan pelepasan ke sungai berhampiran iaitu Sg. Batang Kali.

Premis telah diberikan Notis Penutupan Premis Perniagaan di bawah UUK 43(1)(a) dan (b), UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 selama 14 hari dan pintu pagar belakang dan pintu pagar utama premis turut dilak untuk tempoh sama.

Selain itu, anggota operasi turut menjalankan pemeriksaan ke atas premis memproses bahan besi di Sungai Choh, Serendah. Semasa lawatan, premis didapati melakukan kesalahan melepaskan effluen berwarna putih daripada premis ke alur air yang mengalir ke Sungai Selangor dan mempunyai tambahan bangunan di ruang anjakan tanpa kebenaran pihak Majlis. Pengstoran bahan buangan terjadual juga tidak sempurna, tiada label dan tempat khas bagi ruang simpanan Bahan Terjadual (BT).

Pihak Majlis telah mengeluarkan notis Kacauganggu Dihapuskan di Bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan notis serta kompaun bagi kesalahan tambahan bangunan. Manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan 10 kompaun diatas kesalahan pelbagai termasuk pengurusan sisa bahan terjadual (BT) yang tidak sempurna.

Lawatan susulan akan dijalankan dari masa ke masa oleh jabatan teknikal yang terlibat bagi memastikan setiap premis mematuhi arahan yang diberikan. Tindakan penguatkuasaan seterusnya akan diambil sekiranya premis ingkar demi memastikan tiada pencemaran berlaku di daerah ini.

Disediakan oleh:

Bahagian Korporat

Majlis Daerah Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749192

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015