Tindakan Penguatkuasaan bagi Kesalahan Meletakkan / Membiarkan / Menyebabkan Halangan di Tempat Awam (Gerai Penjaja)

Berkuatkuasa pada 1 April 2023, semua penjaja yang berniaga di sepanjang Jalan Meranti 1, Jalan Meranti 2 dan Jalan Meranti 3 telah diarahkan untuk berpindah ke tapak penjaja yang disediakan oleh MPHS di Jalan Ara, Batang Kali. Tujuan pemindahan ini dilaksanakan adalah untuk menstrukturkan semula penempatan penjaja di lokasi yang lebih teratur dan selesa. Di samping itu, penstrukturan tapak penjaja ini juga dapat menangani isu : –
a. Kesesakan jalan raya
b. Keselamatan penguna-pengguna jalan raya.
Kedua-dua isu tersebut adalah diantara aduan yang kerap dilaporkan oleh orang awam kepada pihak MPHS sebelum ini. Proses pemindahan penjaja-penjaja ini telah pun bermula pada awal Februari 2023, dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MPHS. Kesemua penjaja yang terbabit telah diberikan notis untuk berpindah ke lokasi yang dinyatakan.
Sehingga kini, Jabatan mendapati terdapat sebahagian kecil penjaja di Jalan Meranti 3 masih gagal mematuhi arahan pemindahan tersebut dan meninggalkan barang-barang / peralatan penjaja di kawasan berkenaan. Jabatan Penguatkuasaan MPHS telah mengeluarkan kompaun serta notis am di bawah peruntukan Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) kepada pihak yang terbabit. MPHS tidak teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan (sitaan) terhadap mana-mana pihak yang didapati masih ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.
Pihak MPHS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan demi kesejahteraan bersama.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749163

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015