UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI YDP MDHS

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI YDP MDHS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.A.W kerana limpah dan rahmat-Nya kita masih diizinkan lagi menyambut Aidilfitri pada tahun 2021 walaupun tahun ini juga merupakan tahun kedua kita beraya di dalam negara berdepan penularan COVID-19. 

Dalam kegembiraan persediaan menyambut Aildifitri pada tahun ini, sudah tentu ramai yang kecewa apabila kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, sebagai umat islam sambutan Aidilfitri tetap akan diraikan sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berada dalam madrasah ramadan.

Saya yakin dan pasti semua pihak merindukan suasana Aidilfitri yang lazimnya di sambut meriah dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sambil menikmati kuih raya dan juadah kegemaran. Tidak lupa juga kepada mereka yang berada diperantauan yang sudah pasti ingin pulang ke kampung halaman untuk berjumpa ayah dan bonda yang berbulan ditinggalkan.

Namun, kita terpaksa mengorbankan perasaan buat seketika demi keselamatan negara. Kita semua harus mengamalkan norma baharu termasuk di hari yang paling penting bagi umat islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Manfaatkan sebaiknya teknologi dan medium yang ada di musim perayaan ini dengan berkomunikasi bersama ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara dan rakan taulan sebagai menggantikan amalan menziarah yang lazimnya dilakukan di hari raya. 

Amalkan jarak fizikal, menggunakan pelitup muka, cuci tangan dan menjaga kebersihan diri. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan. Tetap menjaga keselamatan diri walau di mana juga berada. 

Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kami terpaksa akur dengan beberapa keputusan yang diputuskan diperingkat persekutuan dan peringkat negeri antara keselamatan penduduk dengan kelangsungan aktiviti ekonomi yang memberi impak kepada penduduk di daerah ini.

Namun, saya percaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat memberikan impak yang positif kepada kita semua dalam usaha untuk melandaikan statistik bilangan kes COVID-19 khususnya kes di Negeri Selangor ini.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat yang beragama islam khususnya penduduk di Daerah Hulu Selangor. 

Tidak dilupakan juga setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dan telah berkorban sepenuh jiwa raga dalam memerangi  dan memastikan negara selamat serta bebas dari penularan wabak COVID-19.

Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh keinsafan dan kegembiraan dan sentiasa patuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”

Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali,
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor,
12 Mei 2021/ 30 Ramadhan 1442 Hijrah

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749125

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015