World #QuranHour 2021

World #QuranHour 2021

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil peluang memanfaatkan bulan Ramadan tahun ini dengan turut serta membaca Al-Quran selama 1 jam sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran World #QuranHour 2021 pada 6 Mei 2021 bersamaan 24 Ramadan 2021.

Pada tahun ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) selaku penganjur program #QuranHour 2021 telah memilih surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan sebagai surah pilihan.

Hal ini bertepatan dengan keadaan semasa negara yang sedang berusaha berperang dengan penularan wabak pandemik COVID-19.

Bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’, World #QuranHour 2021 mengajak umat Islam di negara ini untuk mengambil serius dan mematuhi arahan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Al-Mulk dipilih kerana terkandung pelbagai elemen motivasi untuk kebangkitan ummah bersesuaian dengan slogan Better Family, Better Organization, Better Nation. Ia diharap dapat menerajui solusi kepada cabaran pandemik yang dihadapi negara ketika ini.

Surah al-Mulk antara lain menjelaskan mengenai memperbaiki kehidupan individu, menjaga kehidupan bermasyarakat dan negara supaya sentiasa terpimpin.

Tanpa batas yang dipandu al-Quran, masyarakat menjadi pincang dan boleh memberi mudarat besar kerana ia membabitkan kehidupan setiap manusia, bukan sekadar diri individu sahaja.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749125

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015