YDP MPHS Meninjau 2 Tapak Projek Di Sekitar Mukim Serendah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengadakan 2 lawatan ke tapak projek di sekitar Mukim Serendah iaitu di Kilang Tetuan Tip Top Meat Sdn Bhd dan tapak pembangunan projek Eco Resort bagi Tetuan Mirago Land pada 9 Februari 2022 jam 9.00 pagi.

Lawatan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua, MPHS Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Timbalan Yang Dipertua MPHS bersama Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Bangunan MPHS, En Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim dan wakil-wakil jabatan teknikal dalaman MPHS. Turut hadir bersama wakil Ahli Majlis En Law Chun Yoong dan wakil perunding bagi projek tersebut.

Lawatan dimulakan di kilang Tip Top Meat bagi melihat dan mengetahui pengoperasian kilang berkenaan, kaedah / sistem yang digunakan untuk merawat sistem kumbahan secara ‘zero discharge’ dan penggunaan biodiesel untuk operasi kilang melalui penerangan daripada pihak pemilik kilang.

Seterusnya lawatan diteruskan ke tapak projek pembangunan cadangan Eco Resort oleh pemaju Mirago Land untuk melihat keadaan tapak sebenar bagi projek tersebut dan mengenalpasti laluan utama ke tapak cadangan samada melalui rezab jalan atau melalui tanah hakmilik. Turut hadir di dalam lawatan tersebut wakil pemaju iaitu Syarikat Mirago Land Sdn. Bhd. dan wakil perunding ALM Architect.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749174

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015