Sinar Harian (15 Mac 2021)

HULU SELANGOR – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) membuka permohonan Bazar Ramadan secara dalam talian di portal MDHS bermula Isnin ini hingga 28 Mac depan.

Bahagian Korporat MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 790 petak ditawarkan di 10 lokasi Bazar Ramadan di kawasan bawah seliaan MDHS tahun ini.

“Ia termasuk di tapak penjaja JRD, Liga Mas Batang Kali (140 petak); tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali (70 petak); Taman Cempaka, Serendah (50 petak); bersebelahan Medan Selera Sungai Buaya (40 petak); tapak Pasar Malam, Bukit Sentosa (200 petak) dan Jalan Seroja, Bukit Sentosa (100 petak).

“Sebanyak 40 petak lagi ditawarkan di Bazar Ramadan Jalan Telipot, Bukit Sentosa; Antara Gapi, Serendah (60 petak); Jalan Samudera 1, Hulu Bernam (40 petak) dan Jalan Kantan, Bukit Beruntung (50 petak),” katanya.

MDHS memaklumkan, memandangkan negara masih lagi bertungkus-lumus memerangi wabak Covid-19, beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi semua peniaga dan sistem penggiliran berniaga akan dilaksanakan.

Menurutnya, peniaga yang mendapat tapak nombor lot ganjil akan berniaga pada tarikh ganjil di bulan Ramadan manakala peniaga yang mendapat tapak nombor lot yang genap pula sebaliknya.

“Keutamaan permohonan akan dibuka kepada penduduk tempatan Hulu Selangor dan setiap peniaga dibenarkan untuk memohon satu petak sahaja untuk setiap permohonan.

“Makluman kepada pemohon yang berjaya pada 2 April ini melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh dibuat dengan melayari portal MDHS di www.mdhs.gov.my atau menghubungi Jabatan Pelesenan MDHS di talian 03-60641331 (sambungan 131/132/159).

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128146/EDISI/MDHS-buka-permohonan-tapak-Bazar-Ramadan-bermula-Isnin?fbclid=IwAR0s-7fESAt-NNMIlxAm-twm2pMx88sLkX67lhns0FFmi5bQCfTfc62qMN0

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749133

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015