Hebahan Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Jabatan Landskap MPHS amat kesal dengan kegiatan laku musnah yang berlaku di Taman Awam Seroja, Bukit Sentosa. Bukan sahaja kemudahan gelanggang futsal dirosakkan, malah lampu kalimantang dan panel solar yang disediakan di setiap gazebo turut dicuri, lampu – lampu taman juga dimusnahkan dan hilang.

Kegiatan laku musnah yang tidak bermoral ini mengakibatkan kerugian kepada pihak Majlis kerana setiap tahun perlu mengeluarkan kos membaikpulih taman awam yang baru berusia 4 tahun ini.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berusaha keras dan komited dalam menyediakan kemudahan awam yang mencukupi buat penduduk sekitar Hulu Selangor. Kegiatan tidak bermoral ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada pengguna taman awam yang lain.

Justeru pihak Jabatan menyeru kepada penduduk di sekitar Bukit Sentosa dan Daerah Hulu Selangor agar menyayangi dan menghargai, bersama – sama menjaga dan menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan baik.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015