Maklum Balas Kenyataan Pemilik Father’s Organic Farm Berkaitan Isu Lesen Perkhemahan

MAKLUM BALAS KENYATAAN PEMILIK FATHER’S ORGANIC FARM BERKAITAN ISU LESEN PERKHEMAHAN
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di dalam media Malaysiakini bertarikh 20 Disember 2022, Majlis Perbandaran Hulu Selangor ingin menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pengusaha yang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan untuk mengemukakan permohonan dan memastikan perniagaan yang dijalankan adalah selari dengan kelulusan kebenaran merancang yang diperolehi.
Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti rekreasi luar yang mana ianya merupakan aktiviti sampingan yang dijalankan oleh pemilik hotel/resort.
Bagi tujuan perlesenan sebagaimana di dalam UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007, Majlis boleh mempertimbangkan sesuatu permohonan ‘aktiviti perkhemahan’ tertakluk kepada permohonan lesen pusat rekreasi persendirian tetapi ia perlu melihat kepada syarat yang diberikan semasa kelulusan kebenaran merancang.
Apa-apa permohonan yang diterima akan dirujuk kepada Jabatan teknikal dalaman dan luaran sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan untuk pertimbangan.
Memandangkan kegiatan riadah termasuk ‘aktiviti perkhemahan’ semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dan berpotensi untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara bagi menghayati keindahan alam semulajadi, maka dasar khusus dan jelas yang perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dijalankan secara sah dan mengikut tatacara pengendalian piawai (SOP).
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
21 Disember 2022

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749177

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015