Makluman kepada penduduk di Negeri Selangor

Penduduk di Selangor, KL dan Putrajaya yang positif #COVID19 diminta TIDAK ke Pusat Penilaian COVID19 (CAC) sekiranya:

  • tidak bergejala atau
  • bergejala ringan

Mereka perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Apa perlu dilakukan?

  • Maklumkan keputusan ujian saringan di aplikasi MySejahtera
  • Digital HSO akan diberikan
  • Lengkapkan Home Assessment Tool (TAT) di MySejahtera
  • Penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC Maya. Pesakit akan dihubungi jika perlu.
  • Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC.
  • Pesakit yang perlukan bantuan boleh hubungi CAC Call Centre 03-7723 9299 (8.00 a.m.-9.00 p.m. setiap hari) atau CPRC Hotline 03-7723 9300 (8.00 a.m.-12.00 a.m. setiap hari)
  • Pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk.

Arahan terbaharu ini bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di CAC dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.

Bagaimana pula kontak rapat kes positif?

  • Perlu mengasingkan diri di rumah
  • Tidak perlu buat ujian saringan KECUALI jika bergejala.

No tel Bilik Gerakan COVID pkd Hulu Selangor:

03-60642075

03-60642076

03-60644105

 

No tel Bilik Gerakan Vaccine pkd Hulu Selangor:

03-60642078

03-60642079

 

*Arahan ini berkuatkusa serta merta dan hanya terpakai untuk penduduk di Lembah Klang.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015