Makluman Permohonan Bazar Ramadan Mampan Daerah Hulu Selangor

MAKLUMAN PERMOHONAN BAZAR RAMADAN MAMPAN DAERAH HULU SELANGOR

Makluman Permohonan Bazar Ramadan di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan dibuka bermula pada 15 Mac hingga 28 Mac 2021 secara atas talian di Portal Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pada tahun ini, sebanyak 790 petak akan dibuka di 10 buah lokasi iaitu :

1. Tapak Penjaja JRD, Liga Mas Batang Kali (140)
2. Tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali (70)
3. Taman Cempaka, Serendah (50)
4. Sebelah Medan Selera, Sungai Buaya (40)
5. Tapak Pasar Malam, Bukit Sentosa (200)
6. Jalan Seroja, Bukit Sentosa (100)
7. Jalan Telipot, Bukit Sentosa (40)
8. Antara Gapi, Serendah (60)
9. Jalan Samudera 1, Hulu Bernam (40)
10. Jalan Kantan, Bukit Beruntung (50)

Memandangkan keadaan negara masih lagi bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19, beberapa SOP perlu dipatuhi oleh semua peniaga dan sistem penggiliran berniaga akan dilaksanakan.

Peniaga yang mendapat tapak no.lot yang ganjil akan berniaga pada tarikh yang ganjil pada bulan Ramadan manakala peniaga yang mendapat tapak no.lot yang genap adalah sebaliknya.

Keutamaan permohonan akan dibuka kepada penduduk tempatan Hulu Selangor dan setiap peniaga dibenarkan untuk memohon 1 petak sahaja untuk setiap permohonan. Makluman kepada pemohon yang berjaya akan dimaklumkan pada 2 April 2021 melalui perkhidmatan pesanan ringkas SMS. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal MDHS di www.mdhs.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini atau boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-6064 1331 (samb.  131/132/159)

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015