Maklumbalas Isu Kegusaran Penduduk Ulu Rening Berkaitan Banjir dan Tanah Runtuh

Maklumbalas Isu Kegusaran Penduduk Ulu Rening Berkaitan Banjir dan Tanah Runtuh

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Kampung Hulu Rening di dalam The Star bertarikh 19 Disember 2022, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut mengambil maklum dan prihatin atas kegusaran penduduk kampung. Walau bagaimanapun, lokasi kampung yang dinyatakan adalah terletak di luar radius 15 kilometer daripada kawasan kejadian tanah runtuh. Kawasan kampung tersebut dan kawasan kejadian dipisahkan oleh tanah-tanah pertanian, kawasan rekreasi dan Hutan Simpanan Kekal.
Untuk tujuan kawalan pembangunan, MPHS telah menetapkan bahawa pemaju perlu mengemukakan permohonan pelan pembangunan kepada pihak Majlis untuk ulasan teknikal dan pertimbangan jabatan dalam dan luar yang berkaitan antaranya Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor (PTDHS), Jabatan Alam Sekitar ( JAS) , Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS), Jabatan Mineral dan Galian ( JMG) , Jabatan Kerja Raya ( JKR) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain – lain agensi terlebih dahulu sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan.
Kerajaan Negeri, MPHS dan jabatan berkaitan juga komited dalam memastikan sebarang pembangunan adalah terancang mengikut Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035. Bagi pembangunan kawasan Genting, pihak Majlis sedang dalam penyediaan Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands Hulu Selangor yang disediakan bersama PlanMalaysia, PlanMalaysia Selangor bagi tujuan sebagai satu dokumen rujukan bagi memastikan pembangunan yang bakal dijalankan menepati prinsip pembangunan lestari.
MPHS telah mengambil tindakan terhadap aduan yang telah dikemukakan oleh pihak penduduk dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan telah dilakukan bagi menyelesaikan aduan dan pemantauan turut dilakukan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, MPHS menyeru orang awam mengemukakan aduan secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di mphs.spab.gov.my bagi memastikan ianya direkodkan dan tindakan dapat diambil sewajarnya.
Bagi hal berkaitan, pihak Majlis tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi kerja-kerja tanah sama ada untuk tujuan pertanian, pembangunan dan sebagainya. MPHS sentiasa terbuka menerima pandangan dan saranan daripada pelbagai pihak demi memastikan kelestarian dan keharmonian Daerah Hulu Selangor dapat dikekalkan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00746337

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015