MPHS Menyediakan RORO secara percuma – Bantu orang ramai lupus barangan pukal sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023

MAKLUMAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR MENYEDIAKAN RORO SECARA PERCUMA – BANTU ORANG RAMAI LUPUS BARANGAN PUKAL SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2023

Adalah dimaklumkan sempena dengan sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sebagainya serta sampah kebun.

Penyediaan Tong RORO berkapasiti 3 Tan ini ditempatkan dengan tempoh Lapan hari di kawasan sekitar Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan lain2 kawasan. Tong RORO tersebut juga akan ditarik lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan sekiranya didapati telah penuh. Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari 5 Januari 2023 hingga 19 Januari 2023 dengan meletakkan tong RORO SECARA BERPERINGKAT di lokasi seperti yang disenaraikan di lampiran untuk kemudahan penduduk.

Pihak Majlis berharap agar penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa.

Sampah “SISA DOMESTIK / SAMPAH DAPUR” adalah DILARANG sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641331 ATAU 03-60641050.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015