MAKLUMAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR MENYEDIAKAN RORO SECARA PERCUMA – BANTU ORANG RAMAI LUPUS BARANGAN PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023
Adalah dimaklumkan sempena dengan sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sebagainya serta sampah kebun.
Penyediaan Tong RORO berkapasiti 3 Tan ini ditempatkan dengan tempoh Lapan hari di kawasan sekitar Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan lain2 kawasan. Tong RORO tersebut juga akan ditarik lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan sekiranya didapati telah penuh. Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari 31 Mac 2023 sehingga 10 April 2023 dengan meletakkan tong RORO SECARA BERPERINGKAT di lokasi seperti yang disenaraikan di lampiran untuk kemudahan penduduk.
Pihak Majlis berharap agar penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa.
Sampah “SISA DOMESTIK / SAMPAH DAPUR†adalah DILARANG sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini.
Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641050.