Sayangi Jiran Kita

Berbuat baiklah sesama jiran dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti berikut. Jadilah jiran yang prihatin dan mengambil berat terhadap jiran lebih-lebih lagi di masa pandemik covid 19 ini. Bantulah jika mereka memerlukan bantuan, suatu hari nanti jika kita berada dalam kesulitan, akan ada orang lain pula akan bantu kita.

Jangan kita melakukan perkara yang menyusahkan dan memberi mudarat kepada jiran atau menyakitkan hati mereka.

Contohnya, meletakkan kenderaan kita sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas jiran-jiran lain, membuang sampah ke dalam tong sampah jiran, membiarkan haiwan peliharaan kita membuang najis di halaman jiran atau merosakkan tanaman, membuat bising dengan perkara yang tidak sepatutnya dan lain-lain lagi.

Justeru, jika kita tidak mampu berbuat baik kepada jiran dengan memberi bantuan atau sebagainya, maka jagalah kata-kata dan tindak-tanduk kita jangan sampai menyakiti hati jiran.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” (Riwayat Muslim)

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749177

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015