JEMPUTAN KE MINI KARNIVAL SUKMA DAERAH HULU SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Hulu Selangor serta orang ramai untuk hadir memeriahkan Mini Karnival SUKMA Daerah Hulu Selangor 2026 yang diadakan bersempena penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya:
- Food Truck
- Pameran Agensi Kerajaan
- Booth Jualan dan Produk Tempatan
Tarikh: 11, 13, 15, 17 & 19 Ogos 2026
Masa: 2.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Tapak Parkir Sebelah Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu
Selain menikmati suasana karnival, orang ramai juga dijemput hadir ke Stadium MPHS bagi memberikan sokongan kepada atlet yang beraksi dalam acara Bola Sepak Wanita SUKMA XXII Selangor 2026.
Ayuh bersama-sama kita semarakkan temasya sukan terbesar negara dan memeriahkan Hulu Selangor sebagai tuan rumah acara Bola Sepak Wanita SUKMA XXII Selangor 2026.
Kami nantikan kehadiran anda!

















