LANGKAH KESELAMATAN CERUN & BANJIR
Musim hujan dan cuaca tidak menentu meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh serta banjir. Orang ramai, khususnya yang tinggal di kawasan berisiko, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan.
Langkah Keselamatan:
• Kenali risiko di kawasan kediaman anda.
• Elakkan kawasan cerun selepas hujan lebat.
• Peka terhadap tanda-tanda awal tanah runtuh seperti rekahan tanah dan pergerakan cerun.
• Sediakan kit kecemasan dan pelan pemindahan.
• Pantau perkembangan cuaca serta dengar arahan pihak berkuasa.
• Segera berpindah ke tempat selamat apabila menerima amaran.
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal. Utamakan keselamatan diri dan keluarga.
Talian Kecemasan:
• Talian Kecemasan Umum: 999
• APM Daerah Hulu Selangor (24 Jam): 03-6064 5262
• Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Hulu Selangor: 03-6064 1384
Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

















