800 Peserta Sertai KOM Hulu Selangor

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama rakan teknikal Sepeda Pro menganjurkan Hulu Selangor King of Mountain 2022 (Hulu Selangor K.O.M) pada 25 September 2022. Pertandingan ini adalah perlumbaan basikal lebuhraya dan dijenamakan semula dari kayuhan Raja Bukit yang kali terakhir dianjurkan pada 2019.
Jarak perlumbaan sejauh 40km ini bermula di Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu melalui Jalan Gap-Bukit Fraser yang menakjubkan dan berakhir di Puncak Bukit Fraser pada ketinggian 1,456 meter dari aras laut.
Penyertaan yang diadakan secara terbuka ini berjaya mengumpulkan seramai 800 orang peserta yang terdiri daripada dalam dan luar negara.
Terdapat 3 kategori penyertaan iaitu Road Bike (656 peserta), Mountain Bike (120 peserta) dan Folding Bike (24 peserta). Walau bagaimanapun, peserta yang menyertai Road Bike dan Mountain Bike sahaja yang mempunyai hadiah pertandingan.
Bagi kategori Road Bike, 5 Kategori hadiah dipertandingkan iaitu:
1. Men’s Open
2. Men’s Junior Master
3. Men’s Master
4. Women’s Open
5. Corporate Team Open
Manakala kategori Mountain Bike, 4 kategori hadiah dipertandingkan iaitu:
1. Men’ open
2. Men’s junior master
3. Men’s master
4. Women’s open
Pelepasan perlumbaan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd. Hasry Nor Mohd Bersama Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, MOTAC Malaysia ,Muhamad Roslan Khalid dan Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria.
Pemegang gelaran ‘King Of Mountain’ telah disandang oleh Mohd Hafidz Abd.Hamid dengan catatan masa 19 m 34 saat.
Manakala bagi gelaran ‘Queen Of Mountain’ disandang oleh Ju Pha Som Net dengan catatan masa 23 minit 2 saat.
Yang Dipertua MPHS berkata, penganjuran kejohanan ini bermula dengan penganjuran yang sederhana sehingga menjadi salah satu acara bukan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) paling berprestij dalam kalendar perlumbaan di seluruh negara.
Semua penunggang sukan berbasikal perlu merasai sendiri pengalaman menyertai pertandingan yang menyeronokkan ini dan ianya mampu menarik minat peminat sukan berbasikal sama ada amatur mahupun professional, katanya lagi.
Penganjuran sukan ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan MPHS memandangkan bilangan penyertaan yang menggalakan daripada peminat sukan berbasikal. Secara tidak langsung, ianya juga dapat menarik pelancong-pelancong luar untuk merasai pengalaman berada di Hulu Selangor yang menghijau ini, katanya lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015