BENGKEL ‘BRAINSTORMING’ DAN LATIHAN PELAKSANAAN PROSES 3 HINGGA 6 SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

BENGKEL ‘BRAINSTORMING’ DAN LATIHAN PELAKSANAAN PROSES 3 HINGGA 6 SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE BERSAMA AGENSI TEKNIKAL DALAMAN (ATD) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR, PEMAJU DAN ‘PRINCIPLE SUBMITTING PERSON’ (PSP).

Satu bengkel ‘BRAINSTORMING’ DAN LATIHAN PELAKSANAAN PROSES 3 HINGGA 6 SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE BERSAMA AGENSI TEKNIKAL DALAMAN (ATD) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR, PEMAJU DAN ‘PRINCIPLE SUBMITTING PERSON’ (PSP) telah diadakan pada 22 Disember 2022 bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada Agensi Teknikal Dalaman (ATD), MPHS iaitu Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB). Turut serta wakil pihak pemaju yang terdiri daripada pemaju-pemaju yang berperanan besar dalam pembangunan di Daerah Hulu Selangor seperti Ringgit Muhibbah Sdn. Bhd., NCT Platinum Sdn. Bhd., Medan Prestasi Sdn. Bhd., CLH Development Sdn. Bhd. dan Panca Resmi Sdn. Bhd.

Sesi pagi dimulakan dengan Latihan Pelaksanaan Proses 3 Hingga 6 Sistem OSC 3.0 Plus Online yang dikendalikan oleh penceramah Puan Norfilzah binti Maizam, (Penolong Jurutera (Awam))bersama-sama moderator Cik Noorhidayatul Nazira binti Mohd Yusof , (Penolong Perancang Bandar dan Desa) dan Puan Nor Alia binti Mohamad Zakri, (Penolong Jurutera (Bangunan).

Suasana perbincangan menjadi hangat dengan pelbagai persoalan dan cadangan penambahbaikan dari peserta yang terdiri daripada Ir. Basheer bin Ahamed Maideen dari Nadi Consult, Ar. Len Beng Hooi dari Arkitek Len dan Tpr. Md. Ghani bin Che Wil.

Wakil pemaju turut memberi input dan cadangan penambahbaikan bagi membantu merancakkan pembangunan di Daerah Hulu Selangor dengan Bahagian OSC yang bertindak sebagai pemudahcara pembangunan. Para ATD juga turut menyumbang dan berkongsi pendapat semasa sesi soal jawab bersama.

Seterusnya, sesi petang dirancakkan dengan pembentangan mengenai LCCF dan pembangunan mampan di Hulu Selangor oleh wakil Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Encik Nurazhar bin Muhamad Jaini. Di bawah kendalian Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS TPr. Azlina binti Mokhtar dan khususnya Encik Nurazhar bin Muhamad Jaini, MPHS telah berjaya merangkul Tempat Kedua bagi Bandar Mampan Terbaik 2022 Kategori Perbandaran daripada KPKT.

Selain itu, MPHS turut diiktiraf Bandar Paling Bahagia daripada PLAN Malaysia. Seterusnya, memperoleh Diamond bagi Anugerah LCCF daripada Malaysia Greentech.

Adalah menjadi harapan para peserta dan pemaju agar cadangan penambahbaikan melalui bengkel ini dapat disalurkan ke saluran yang tepat. Ini adalah penting agar Daerah Hulu Selangor berjaya menarik lebih ramai pelabur lagi bagi memacu ekonomi di Daerah Hulu Selangor. Semoga peningkatan momentum pelabur ke Daerah Hulu Selangor dapat mencapai teras misi & visi MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749132

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015