Bengkel Kesedaran Alam Sekitar kepada Peserta Program Indah Persekitaran (P.I.P) Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022

BENGKEL KESEDARAN ALAM SEKITAR KEPADA PESERTA PROGRAM INDAH PERSEKITARAN (P.I.P) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2022
Program selama 3 hari yang dianjurkan oleh Jabatan Landskap MPHS ini dimulai dengan lawatan teknikal ke Majlis Perbandaran Muar ( MPM). Deligasi MPHS telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Landskap MPHS, LAr. Mohd Fadhil bin Mohd Lani disertai oleh Ahli-ahli Majlis MPHS, Pengarah-pengarah Jabatan MPHS, wakil-wakil komuniti dan kakitangan MPHS.
Antara wakil peserta yang terlibat pada sesi bengkel ini adalah Persatuan Penduduk Desa Anggerik Persatuan Penduduk Desa Melor Persatuan Penduduk Taman Rajawali, Persatuan Penduduk Perumahan Inai,
Persatuan Penduduk Bunga Kertas, KRT Kasturisari, Jmb Sri Bakawali, JMB Apartment Anggerik, KRT Perumahan Jalan Seroja BB7
JMB Apt Seri Semarak
Ketibaan deligasi disambut oleh Puan Norshiela binti Jamaludin, Pen.Pegawai Tadbir, Jab.Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan, (MPM) telah memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman berkaitan perlaksanaan program yang telah dilaksanakan di Daerah Muar.
Deligasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik yang boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada seluruh wakil-wakil komuniti agar dapat diimplementasi didalam komuniti masing-masing. Untuk rekod Majlis Perbandaran Muar telah dinobatkan sebagai Asean Clean Tourist City bermula tahun 2018 sehingga kini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015