Kejohanan Boling anjuran Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS dengan kerjasama GVR Property Management and Services ( ejen pengurusan ).

Kejohanan telah berlangsung pada 9 Disember 2022 ( Jumaat ) jam 8.00 malam di Lite Superbowl JB6, Selayang Mall dengan kerjasama GVR Property Management and Services ( ejen pengurusan ).
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS merangkap Pesuruhjaya Bangunan.
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS telah turut menyertai pertandingan ini bersama-sama peserta yang lain.
Sebanyak 30 pasukan daripada kalangan komuniti strata dalam kawasan pentadbiran MPHS, ejen pengurusan (GVR Property Management and Services ) dan kakitangan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS telah menyertai kejohanan.
Bertujuan bagi membina hubungan baik antara pihak Majlis dan JMB/MC/Ejen Pengurusan, kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan menawarkan hadiah bagi kategori-kategori seperti berikut:
i)Berpasukan
ii)Individu Lelaki
iii)Individu Wanita
iv) _Highest Score_ Lelaki
v) _Highest Score_ Wanita
vi)Pemain Harapan:
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS berharap agar penganjuran kejohanan ini akan dapat mewujudkan dan membina hubungan baik antara pihak MPHS komuniti strata dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749125

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015