Karnival Sukan 6 Penjuru MPHS

KARNIVAL SUKAN 6 PENJURU
Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menganjurkan Karnival Sukan 6 Penjuru yang merupakan penganjuran kali ke-2 yang telah dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS.
Penganjuran kali pertama karnival ini adalah pada tahun 2016 yang melibatkan dua acara sukan iaitu Bola Sepak dan Bola Jaring .
Lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan telah dijemput menyertai merupakan PBT yang berhampiran dengan Daerah Hulu Selangor iaitu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).
Bagi acara Bola Sepak, perlawanan telah berlangsung di Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi acara Bola Bola Jaring telah dijalankan di Gelanggang Bola Jaring, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Kesemua acara telah bermula pada 8:00 pagi dah berakhir ada 6:00 petang.
*Penyertaan Pasukan Bola Sepak*
– Majlis Perbandaran Hulu Selangor
– Majlis Perbandaran Selayang
– Majlis Perbandaran Kuala Selangor
– Majlis Perbandaran Bentong
– Majlis Daerah Sabak Bernam
– Majlis Daerah Tanjong Malim
*Penyetaan Pasukan Bola Jaring*
– Majlis Perbandaran Hulu Selangor
– Majlis Perbandaran Kuala Selangor
– Majlis Perbandaran Bentong
– Majlis Daerah Sabak Bernam
– Majlis Daerah Tanjong Malim
Acara Penyampian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir,
YBhg. Tuan Azman Bin Dahlan, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, YBhg. Tuan Mohd Ikram Bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, TPr. Affendi Bin Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Selayang, Encik Sazlan Hakeem, Bin Mazalan, Ketua Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Encik Ahmad Nilhakim Bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Bentong.
Keputusan penuh kejohanan bagi acara Bola Sepak :
Juara – Majlis Perbandaran Bentong (MPB)
Naib Juara – Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
Ketiga – Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Keempat – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Kelima – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Keenam – Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
Keputusan Penuh kejohanan bagi acara Bola Jaring :
Juara – Majlis Perbandaran Bentong (MPB)
Naib Juara – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Ketiga – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Keempat – Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
Kelima – Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
MPHS berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua PBT yang terlibat dan menyertai pertandingan yang dianjurkan. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang setiap acara yang dipertandingkan. Harapan dari pihak MPHS agar program seperti ini akan dapat dijalankan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan sesama PBT.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 18 Jun 2024, 10:07:58.
Jumlah Pelawat :
00772560

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015