Kilang baja disita MPHS

KILANG BAJA DISITA MPHS
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjalankan operasi menyita sebuah kilang baja yang beroperasi tanpa lesen di Mukim Rasa pada 22 Februari 2023
Seramai 20 anggota telah terlibat di dalam operasi bersepadu yang melibatkan beberapa agensi lain antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Rasa serta syarikat panel lori penunda yang dilantik oleh MPHS.
Ketika anggota operasi tiba di lokasi, kelihatan pintu pagar utama telah dibuka oleh seorang pekerja untuk membolehkan sebuah treler menghantar barang ke premis tersebut. Anggota penguatkuasa telah masuk dan mendapati beberapa orang pekerja melarikan diri ke dalam belukar yang berhampiran.
Di samping itu terdapat juga sebuah lagi lori treler berada di dalam premis yang sedang menurunkan barang-barang yang di bawa. Kedua-dua pemandu treler tersebut merupakan orang tempatan dan berbangsa melayu. Selain itu, terdapat juga beberapa pallet baja telah siap di bungkus dan peralatan-peralatan yang sedang digunakan untuk membungkus baja di sekitar premis ini.
Anggota operasi telah bertindak menyita beberapa peralatan berikut:
a) Mesin laminate plastik – 2 unit
b) Mesin penggembur tanah – 1 unit
c) Penimbang (dacing) – 4 unit
d) Mesin pencuci lantai – 1 unit
e) Forklift – 1 unit
f) Badan lori treler T/P 6304 – 1 unit
g) Badan lori treler T/P 6699 – 1 unit
h) Tong Oxygen – 3 unit
Tindakan sitaan ini telah dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil 3 (1) dan 38(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MDHS) 2007 kerana pengusaha premis telah menjalankan aktiviti membungkus baja tanpa kebenaran MPHS.
Kedua-dua badan treler dan barang-barang sitaan telah di bawa ke depoh tahanan MPHS untuk proses tahanan dan tindakan selanjutnya.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015