Kilang Peleburan Logam disita oleh MPHS

KILANG PELEBURAN LOGAM DISITA OLEH MPHS

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengambil tindakan sitaan ke atas sebuah kilang yang menjalankan aktiviti peleburan logam yang beroperasi di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa pada 14 Jun 2023.

Pemeriksaan yang bermula jam 10.15 pagi itu melibatkan 10 orang penguatkuasa MPHS. Ketika anggota operasi tiba dilokasi, pagar kilang dalam keadaan tertutup dan anggota telah memanggil salah seorang pekerja di dalam kilang tersebut untuk melakukan pemeriksaan. Setelah pintu dibuka, anggota dapati terdapat akitivtii pemanasan mesin peleburan bahan logam sedang dijalankan dan terdapat beberapa acuan yang telah dituang cecair logam dan masih dalam keadaan panas.

Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3 Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 iaitu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan telah menjalankan operasi tanpa kebenaran daripada MPHS.

Anggota operasi telah mengambil tindakan memasang tali kuning di beberapa longgokan peralatan dan barang di dalam premis. Selain itu, terdapat juga beberapa peralatan dan barangan berhubung aktiviti perniagaan di sita dan diambil antaranya forklift (1 unit), Kipas Industri (1 unit), silinder gas (6 unit) ,troli (1 unit) dan cecair latex (50) unit. Semua barang yang disita telah dibawa ke depoh tahanan MPHS untuk tindakan selanjutnya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00746335

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015