Kursus Pemantapan Kemahiran Kontraktor Penyelenggaraan Landskap dan Pokok Teduhan bersama Arborist bagi tahun 2022

Pada 29 November – 01 Disember 2022 yang lalu, telah berlangsung sebuah KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN POKOK TEDUHAN BERSAMA ARBORIST BAGI TAHUN 2022 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Koperasi Kakitangan MPHS Berhad. Kursus ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam di Hotel Shahzan Inn, Bukit Fraser dengan disertai oleh 37 orang kontraktor yang terdiri daripada kontraktor panel Jabatan Landskap MPHS dan kontraktor dalam Daerah Hulu Selangor, dan 19 orang peserta daripada Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Raub, Majlis Daerah Tanjong Malim dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Objektif kursus ini diadakan adalah bagi memastikan kontraktor penyelenggaraan landskap dan pokok teduhan lantikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor sentiasa mempertingkatkan serta memperhalusi kemahiran sedia ada. Kursus ini juga bertujuan menyediakan sebuah platform kepada kontraktor – kontraktor yang ingin melaksanakan kerja – kerja penyelenggaraan landskap dan pokok teduhan menimba ilmu dengan bimbingan daripada badan profesional yang bukan sahaja mengajar teori tetapi juga pelaksanaan amali.
Seramai 5 orang tenaga pengajar badan professional Arborist daripada syarikat Eclipse Green Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Roslan bin Yaakob serta 5 orang pembantu pengajar telah mengembleng tenaga dan mencurahkan ilmu kepada peserta – peserta kursus. Kursus ini telah dilaksanakan dengan kaedah teori di dalam kelas dan amali praktikal dibimbing oleh tenaga tenaga pengajar di Taman Awam Bukit Fraser. Peserta – peserta kemudian dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan dan didedahkan dengan amalan dan kaedah yang betul bagi kerja – kerja penyelenggaraan pokok teduhan. Peserta – peserta juga berpeluang menyaksikan teknik kerja selamat bagi kerja – kerja rigging untuk membersihkan pokok berisiko tumbang di KM422, Bukit Fraser.
Bagi memastikan objektif kursus ini tercapai, ujian kemahiran dan kefahaman juga telah dilaksanakan pada hari terakhir. Hasilnya, 30% peserta mencapai keputusan cemerlang, 48% peserta mencapai keputusan baik dan 17% peserta lulus. Kursus ini juga telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Majlis, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 13 Mei 2024, 03:48:26.
Jumlah Pelawat :
00745486

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015