Majlis Minum Petang YDP MPHS Bersama Wakil Rakyat Hulu Selangor 2023

MAJLIS MINUM PETANG YDP MPHS BERSAMA WAKIL RAKYAT HULU SELANGOR 2023

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengadakan Majlis Minum Petang Yang Dipertua MPHS bersama wakil rakyat Hulu Selangor bertempat di Tasik Kebun Resort, Serendah pada 10 Februari 2023.

Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry bin Nor Mohd dengan dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Tuan Haji Hasnizan Harun (PN), ADUN Kuala Kubu Bharu, YB Lee Kee Hiong (李继香) (PH), ADUN Batang Kali, YB Tuan Harumaini Haji Omar (PEJUANG) dan ADUN Hulu Bernam, YB Datuk Rosni Sohar (BN). Turut hadir bersama pengarah-pengarah dan ketua jabatan MPHS.

Program santai petang sebegini ini diadakan bertujuan bagi membincangkan isu rakyat serta bertukar-tukar pandangan selain merapatkan ukhuwah diantara MPHS selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah ini bersama wakil rakyat demi untuk membangun dan memajukan daerah ini.

Pelbagai isu dibincangkan demi untuk membangunkan daerah terutama usaha dalam sektor pelaburan, ekonomi, sosial dan pelancongan. Selain itu, isu aduan rakyat juga turut dibincangkan dan pihak Majlis mengambil maklum dan akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan.

Walaupun berbeza dari segi pegangan politik, kehadiran kesemua wakil rakyat ini membuktikan mereka amat prihatin dengan isu rakyat dan ingin memastikan rakyat Hulu Selangor hidup dalam keadaan aman, harmoni dan selesa. Diharapkan dengan kerjasama yang baik di antara wakil rakyat dan PBT ini dapat menghasilkan 1 impak yang positif terhadap kemajuan daerah ini.

Mohd Hasry berkata, “Hasil pertemuan perbincangan ini diharapkan dapat menghasilkan natijah yang baik kepada rakyat dan pihak majlis selaku di pihak kerajaan telah dipertanggungjawabkan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bersama-sama pihak Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.”

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015