Majlis Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa Serta Majlis Persaraan PPK Hanib Bin Ab Kadir (Pembantu Penguatkuasa Gred KP26)

Pada 14 Oktober 2022 bertempat Stadium Mini, Kuala Kubu Baharu, Jabatan Penguatkuasaan MPHS, telah menganjurkan Majlis Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa Serta Majlis Persaraan PPK Hanib Bin Ab Kadir (Pembantu Penguatkuasa Gred KP26).
Majlis yang dihadiri oleh Yang Dipertua MPHS, Timbalan Yang Dipertua MPHS dan turut hadir pengarah-pengarah Jabatan, ketua-ketua Jabatan/Bahagian dan Ketua Unit serta wakil-wakil jabatan MPHS telah menyaksikan upacara pemakaian pangkat seorang Pegawai Penguatkuasa dan lima (5) anggota penguatkuasa yang menerima pemakaian pangkat dari koperal ke Sarjan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS dan Timbalan Yang Dipertua MPHS.
Selesai upacara tersebut Tuan Yang Dipertua telah menyampaikan ucapan khas dan antara intipati ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas pemakaian pangkat tersebut dan mengharapkan agar pegawai dan anggota penguatkuasaan yang menerima pemakaian pangkat tersebut lebih bersemangat dan memberikan komitmen dalam menjalankan tugas dengan lebih cemerlang di samping menjaga imej dan reputasi jabatan dengan penuh berintegriti, tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang menjerumus kepada rasuah, salah guna kuasa, penyelewangan dan sebagainya.
Dalam masa yg sama, Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPK Hanib bin Ab Kadir di atas sumbangan khidmat bakti dari awal hingga ke akhir perkhidmatan beliau di Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang telah bersara pada 1 Oktober 2022 yang lalu.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00746504

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015