MPHS Santuni Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

MPHS SANTUNI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan Program Anugerah Istimewa OKU dengan membawa anak-anak OKU ke Skyworld Genting Highland pada 7 Disember 2022.
Seramai 26 orang anak-anak OKU yang menyertai program ini yang terdiri daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PPDK) Hulu Selangor antaranya :
1. Ppdk Sg Tengi
2. Ppdk Felda Soeharto
3. Ppdk Felda Gedangsa
4. Ppdk Kalumpang
5. Ppdk Kuala Kubu Bharu
6. Ppdk Puncak Jalinan Kasih
7. Ppdk Batang Kali
8. Ppdk Sg Choh
9. Ppdk Bukit Beruntung
Tujuan program ini anjurkan adalah untuk memberi peluang serta pendedahan kepada golongan ini untuk menjalani kehidupan seperti orang lain dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan memberi pengalaman serta pengetahuan baru kepada mereka berkaitan dunia luar.
Selain itu, ianya juga membolehkan interaksi sosial diantara mereka dengan mengurangkan sekatan fizikal, sosio budaya & psikologi yang wujud antara masyarakat dengan golongan orang kurang upaya
Pada masa yang sama, program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggunggjawab keatas komuniti yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya.
Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa pihak seperti ahli majlis, MPHS dan sukarelawan NGO daripada Family of Charity. Selain itu, syarikat francais McDonald turut menaja makan malam bagi program ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015