MPHS Sertai Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan PBT Bersama Pihak MAMPU

MPHS SERTAI KOLABORASI STRATEGIK PEMERKASAAN PENDIGITALAN PBT BERSAMA MAMPU
Sekitar Majlis Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) Selangor Bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang diadakan di Hotel Premiere, Klang pada 29 November 2022.
Tujuan kolaborasi diadakan bagi mendapat standard format laporan dan bersama merancang pembangunan ke arah pemodenan tadbir urus yang lebih cekap dan perancangan pengurusan ICT di seluruh agensi kerajaan di Malaysia.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail. Turut hadir bersama Dato’ Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua-ketua PBT Negeri Selangor.
Di dalam majlis tersebut, Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd bersama 11 YDP Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor turut menandatangani plate sebagai gimik upacara penyerahan projek dan kolaborasi PBT bersama pihak MAMPU dalam mencapai objektif yang ditetapkan dengan disaksikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00745847

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015