MPHS terima 23 Ahli Majlis Baharu bagi penggal 2023

MPHS TERIMA 23 AHLI MAJLIS BAHARU BAGI PENGGAL 2023
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi penggal 2023 pada 3 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat Chiling, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Seramai 23 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah menerima jawatan termasuk Y.D.M Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor di hadapan Yang Berusaha Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS
Daripada jumlah tersebut, 11 orang merupakan muka baharu dan selebihnya adalah lantikan semula. Pelantikan semua Ahli Majlis ini bermula dari 3 Januari 2023 dan komponen parti siasah Ahli-Ahli Majlis adalah seperti berikut:
i. Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 10 Orang;
ii. Parti Tindakan Demokratik (DAP) – 8 Orang; dan
iii. Parti AMANAH (AMANAH) – 4 Orang.
Yang Dipertua MPHS berkata, tugas sebagai Ahli Majlis adalah amat luas di mana selain daripada mewakili orang awam dan masyarakat tempatan, mereka juga adalah perantara di antara masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Malah mereka juga bertanggungjawab dalam menetapkan sesuatu dasar bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Saya percaya dan yakin dengan kebijaksanaan serta komitmen ahli majlis yang baharu ini dapat membantu pihak MPHS dalam menetapkan dasar-dasar baharu yang selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri serta menepati kehendak rakyat.”
“Besar harapan saya agar Ahli Majlis akan berkhidmat dengan ikhlas, mesra rakyat selaras dengan dasar mesra rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MPHS dan warga Hulu Selangor serta meneruskan kecemerlangan MPHS sebagai antara PBT terbaik di Malaysia”, katanya lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749144

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015