Maklumbalas Isu Dewan Taman Melati, Hulu Selangor

MAKLUMBALAS ISU DEWAN TAMAN MELATI, HULU SELANGOR
Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Datuk T. Mohan menerusi laman sosial TikTok milik beliau berkenaan isu dewan yang terbengkalai di Taman Melati, Serendah, Hulu Selangor.
Pihak majlis ingin mengulas kenyataan tersebut bahawa dewan yang dimaksudkan adalah berstatus balairaya dan bukan dibawah penyelenggaraan MPHS.
Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, “Pihak majlis hanya mengurus dan menyelenggara 15 buah dewan milik majlis iaitu :
1. Dewan Orang Ramai Bernam Jaya
2. Dewan Orang Ramai Batang Kali
3. Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
4. Dewan Orang Ramai Kalumpang
5. Dewan Orang Ramai Kerling
6. Dewan Orang Ramai Hulu Yam Bharu
7. Dewan Orang Ramai Serendah
8. Dewan Orang Ramai Sg. Choh
9. Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu
10. Dewan Komuniti Serendah
11. Dewan Komuniti Bukit Sentosa
12. Auditorium Dato Abd Hamid, Batang Kali
13. Dewan Dato’ Abd.Hamid, Batang Kali
14. Dewan Orang Ramai Rasa Tambahan
15. Dewan Danau Hulu Bernam
Bagi bangunan yang berstatuskan balairaya, pengurusan dan penyelenggaraannya adalah sama ada diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Sehubungan itu, sejak daripada pembinaan Balairaya Taman Melati, pengurusan dan penyelenggaraan premis tersebut adalah di luar bidang kuasa MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00746258

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015