Urusan Tukar Alamat dan Pindah Milik Harta di MPHS Kini Dihujung Jari

URUSAN TUKAR ALAMAT DAN PINDAH MILIK HARTA DI MPHS KINI DIHUJUNG JARI
Makluman kepada semua pemilik harta di Hulu Selangor, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyediakan satu sistem untuk proses tukar alamat dan pindah milik harta. Proses boleh di lakukan secara atas talian dengan melayari https://epenilaian.mphs.gov.my atau scan QR Code. Pihak jabatan tidak akan menerima permohonan secara bersemuka.
Melalui sistem ini juga anda perlu memuat naik dokumen yang diperlukan (proses pindah milik) seperti kad pengenalan (individu), perjanjian jual beli/geran, SSM (Syarikat), bil cukai terkini dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Proses pindah milik dikenakan bayaran proses mengikut jenis pegangan. Manakala proses tukar alamat adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa dokumen. Status permohonan anda juga boleh disemak melalui sistem ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Afiqah Ain di talian 03-60641331 ext 138.
Segala Urusan Hanya Dihujung Jari

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 13 Mei 2024, 03:48:26.
Jumlah Pelawat :
00745460

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015