Latihan Pembangunan Penjaja

PLATFORM SELANGOR.
Program : Latihan Pembangunan Penjaja
Tarikh. : 31 Januari 2023
Masa. : 7.30 pagi hingga 12.30 tgh hari
Tempat : Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu
Platform selangor (PLATS) merupakan sebuah platform promosi dan direktori digital yang telah dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi PKS Mikro khususnya penjaja dan peruncit Selangor akibat krisis pandemik covid-19 melalui latihan pembangunan penjaja.
Program tersebut hari ini di Daerah Hulu Selangor, telah dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua iaitu Tuan Awaluddin bin Zakaria diiringi Penolong Pegawai Pelesenan, Tuan Syed Usamah bin Syed Sahar. Turut hadir bagi menjayakan program tersebut ialah Puan Siti Nur Hazwani binti Md Sabudin selaku pengurus projek Platform Selangor (PLATS).
Seramai 100 orang peniaga telah menyertai program latihan tersebut. Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan PLATS pada tahun 2020 dengan melaksanakan E-BAZAR iaitu Bazar Ramadan Digital yang Pertama di Malaysia dan pada ketika itu Negeri Selangor adalah satu- satunya negeri yang membenarkan peniaga bazar untuk terus berniaga di bulan Ramadan dan lebih dari 10 lokasi bazar dibuka bagi membantu para peniaga.
Pendaftaran kepada PLATS adalah secara percuma, pada 2021 PLATS telah bergerak secara aktif dan telah berjaya mendaftarkan seramai 7,742 peniaga di Selangor.
Sehingga penghujung tahun 2022 PLATS sekali lagi telah berjaya mendaftarkan seramai 18,793 peniaga dalam menjalankan pelbagai program usahasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuklah pihak MPHS.
Dalam program tersebut juga PLATS telah membuka beberapa Booth bagi memudahkan penjaja antaranya booth cashless, pembiayaan kewangan dan skim insurans percuma yang telah dipekenalkn oleh kerajaa Negeri Selangor.
Objektif program tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada peniaga kepentingan mendigitalisasikan perniagaan, membantu penjaja beralih kepada sistem bayaran tanpa tunai “cashless”, bantuan platform pesanan atas talian dan juga perkongsiap tips atau cara penyediaan media sosial yang lebih efektif kepada peniaga.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 18 Jun 2024, 10:07:58.
Jumlah Pelawat :
00772560

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015