AYUH MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026!
Cahaya Deepavali kembali menyinari Selangor! Saya menjemput seluruh rakyat Selangor, khususnya warga Klang dan kawasan sekitarnya untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2026.
Bertemakan “Cahaya Perpaduan, Selangor Sejahtera”, sambutan kali ini bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik, persembahan kebudayaan serta aktiviti yang mencerminkan keunikan warisan dan kepelbagaian masyarakat kita.
LEBIH MENARIK, JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH!
Pendaftaran adalah PERCUMA dan sangat mudah:
- Imbas kod QR pada poster atau layari https://vpapparaidu.my/cabutan
- Lengkapkan maklumat pendaftaran.
- Simpan mesej WhatsApp pengesahan untuk tuntutan hadiah sekiranya menang.
Tarikh: 14 November 2026 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang – 11.30 malam
Tempat: Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang
Bawalah keluarga dan sahabat handai. Marilah kita bersama-sama meraikan Deepavali dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.
Berbeza budaya, bersatu hati. Inilah keistimewaan Selangor!
Jumpa anda di sana!


















