NOTIS PENUTUPAN RASMI KAWASAN REKREASI AIR TERJUN
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti rekreasi di kawasan air terjun dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor adalah DITUTUP SEPENUHNYA berkuat kuasa serta-merta sehingga pemberitahuan kelak.
Penutupan ini dilaksanakan demi keselamatan dan pencegahan risiko kepada orang awam susulan keadaan cuaca yang tidak menentu serta mengambil kira faktor keselamatan di kawasan rekreasi air terjun.
Orang awam adalah DILARANG memasuki atau menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan yang telah ditutup.
Amaran keras:
Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar arahan penutupan ini.
Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Utamakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan ambil risiko.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

















