Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS Siri 7/7 bagi Tahun 2026

CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MPHS 2026 SIRI 7/7 DAN CABUTAN HADIAH UTAMA

Kuala Kubu Bharu, 12 Oktober 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS Siri 7/7 bagi Tahun 2026 dengan jayanya pada 12 Oktober 2026. Cabutan kali ini merupakan siri terakhir bagi kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS Tahun 2026 yang turut menyaksikan kemuncak penganjuran melalui Cabutan Hadiah Utama dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 (Spesifikasi G), motosikal dan skuter elektrik kepada pembayar cukai taksiran yang bertuah.
Sesi cabutan bertuah pada kali ini telah disempurnakan oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, bersama-sama Tn. Chinniah a/l Subramaniam, Ahli Majlis MPHS Zon 13; Tn. Eng Teck Ming, Ahli Majlis MPHS Zon 23; Pn. Hayati binti Chat, Ahli Majlis MPHS Zon 21; serta Cik Wong Sheau Mei @ Ong Sheau Mei, Ahli Majlis MPHS Zon 14. Kehadiran barisan kepimpinan MPHS ini turut memeriahkan acara kemuncak cabutan bertuah bagi tahun 2026.
Penganjuran kempen cabutan bertuah ini merupakan salah satu inisiatif MPHS melalui Jabatan Perbendaharaan bagi menghargai komitmen dan kerjasama para pembayar cukai taksiran yang telah melaksanakan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai taksiran tahunan mereka. Kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pembayaran cukai taksiran bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang berkualiti serta pembangunan kawasan Hulu Selangor secara berterusan.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG CABUTAN BERTUAH SIRI 7/7 TAHUN 2026
1.ABDUL HADI BIN ABDULLAH – T00993444 – Air Fryer
2.NORHAYATI BINTI MOHAMAD – T00715136 – Air Fryer
3.MASURI BIN LAHURI & HUSNIZA BT MOHD TAHIR – T00223180 – Air Purifier
4.AMINAH BINTI ABDULLAH – T00673921 – Air Purifier
5.HALINDA BINTI ABDUL GHAFAR – T00471136 – High Pressure Cooker
6.EHSAN BIN MOHD HOSNI @ MOHD KUSNI – T00137927 – High Pressure Cooker
7.WONG CHUI SING – T00623686 – High Pressure Cooker
8.NUROLIZAM BT BIDIN – T00442384 – Wafer Emas 1 Gram
9.SARINAH HASHIM – T00441667 – Wafer Emas 1 Gram
10.AMIRRUL SHAZWAN BIN GHAZALI – T00738559 – Penapis Air
11.MOHD IZHAR BIN BAKAR – T00997601 – Penapis Air
12.CHEW CHOOI MEI – T00614578 – Penapis Air
13.ROSNANI BINTI HASSAN BASORRI – T02109072 – Telefon Pintar
14.CHAN YOW KHOW – T00164855 – Telefon Pintar
15. SO AP B JEMARI – T00214833 – Tablet
16.TAN AH NGAH – T00310300 – Tablet
17.SAADIAH BINTI TALIB – T00137141 – Tablet
18. ONG TEIK LEONG & TAN YIN YIN – T00545707 – Penghawa Dingin
19. NG LIM MOOI – T00158147 – Penghawa Dingin
20.LEE KAI SHIAN – T00963215 – Mesin Pengering
21KANAGASABAI A/L GOVINDASAMY – T00947002 – Mesin Pengering
22.TAN SENG KOK & KHOR SAI KIM – T00415513 – Robot Vacuum Cleaner
23.QUAH LEE CHONG – T00082370 – Robot Vacuum Cleaner
24.MAHYON BINTI MAHMUDIN – T00236877 – Smart TV
25.AHMAD BIN OMAR – T00271445 – Smart TV
TAHNIAH KEPADA PEMENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MPHS 2026
Kemuncak kempen pada kali ini turut menyaksikan tujuh pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama yang ditawarkan.
1.KOW BEE LENG – T00597211 – Motosikal Modenas Karisma 125 cc
2.ROSLAN BIN MAJID & GAYAH BINTI MAJID – T00560094 – Motosikal Modenas Karisma 125 cc
3.MOHAMED RADZUAN BIN MOHAMED NORDIN – T00161372 – Skuter Elektrik EZI RAY-01
4.CHONG SUAT MOOI – T00614800 – Skuter Elektrik EZI RAY-01
5.SUZANA BINTI ANWAR – T00922229 – Motosikal Yamaha Avantiz 125 cc
6.NARINDER SINGH – T00346189 – Motosikal Yamaha Avantiz 125 cc
7.YAP KOI PENG & CHAI SIVO CHUN – T00448472 – SEBUAH KERETA PERODUA MYVI 1.3 (SPESIFIKASI G)
MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pembayar cukai taksiran yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang penganjuran tujuh siri cabutan bertuah bagi tahun 2026. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan. Bagi pembayar cukai yang masih belum berpeluang memenangi hadiah, pihak MPHS amat menghargai komitmen dan sokongan berterusan yang telah diberikan.
Sesungguhnya, hasil kutipan cukai taksiran merupakan antara sumber kewangan utama MPHS dalam memastikan perkhidmatan perbandaran seperti penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan persekitaran, penyediaan infrastruktur dan pelaksanaan program kesejahteraan masyarakat dapat diteruskan demi manfaat seluruh warga Hulu Selangor.
Ayuh, teruskan amalan menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan! Pembayaran cukai taksiran bukan sekadar tanggungjawab, malah merupakan sumbangan bersama ke arah menjadikan Hulu Selangor sebuah kawasan perbandaran yang lebih maju, mampan dan sejahtera.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!
 


 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 13 Oktober 2026, 07:43:37.
Jumlah Pelawat :
01387708

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015