HULU SELANGOR TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM STANDARDS 2026
Tahniah Daerah Hulu Selangor!
Daerah Hulu Selangor sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya menerima pengiktirafan dalam kategori ASEAN Clean Tourist City Standard sempena Anugerah ASEAN Tourism Standards Peringkat Kebangsaan 2026.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam memastikan persekitaran bandar yang bersih, selamat, mampan dan kondusif, sekali gus memperkukuh imej Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing.
Puan Dewi Dirwana binti Munasir , Setiausaha MPHS merangkap Timbalan Yang Dipertua telah menerima Anugerah bagi pihak MPHS.Anugerah telah disampaikan oleh Ybhg. Dato Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementetian Pelancongan, Seni dan Budaya .
Turut hadir, Encik Ismail Gulam , Pegawai Kesihatan Persekitaran MPHS dan Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan usaha bersepadu seluruh warga MPHS, agensi berkaitan serta komuniti setempat dalam memperkasakan kebersihan, kelestarian dan pembangunan pelancongan daerah.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan menjadikan Hulu Selangor sebuah destinasi pelancongan yang lebih unggul di peringkat nasional dan antarabangsa.
















