MPHS SOKONG JELAJAH WANITA BERDAYA TAHAN NEGERI SELANGOR 2026
BUKIT BERUNTUNG,15 Ogos 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memberi sokongan terhadap penganjuran Jelajah Wanita Berdaya Tahan Negeri Selangor 2026 X Karnival Kerjaya Jobcare Selangor Zon Hulu Selangor yang menghimpunkan pelbagai inisiatif pemerkasaan wanita serta peluang kerjaya kepada masyarakat setempat.
Penganjuran program ini dilihat sebagai satu platform yang signifikan dalam memperkasakan wanita, khususnya melalui pendedahan kepada peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, keusahawanan serta peningkatan taraf sosioekonomi. Inisiatif sebegini turut selari dengan usaha membangunkan masyarakat Hulu Selangor yang berdaya saing, berdikari dan mempunyai akses kepada peluang ekonomi yang lebih luas.
Hadir memberikan sokongan Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS bersama pengarah jabatan MPHS yang turut berkesempatan beramah mesra bersama para peserta, penganjur dan komuniti setempat.
















