Kejohanan Futsal Wanita & Street Soccer Lelaki Piala Yang Dipertua MPHS 2026

KEJOHANAN FUTSAL WANITA & STREET SOCCER LELAKI PIALA YANG DIPERTUA MPHS 2026 
Kuala Kubu Bharu, 25 Julai 2026 – Kejohanan Futsal Wanita & Street Soccer Lelaki Piala Yang Dipertua MPHS 2026 telah berlangsung meriah di Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu dengan penyertaan 32 pasukan (16 Futsal Wanita dan 16 Street Soccer Lelaki) dari Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang dan Perak.
Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Road To SUKMA XXII Selangor 2026 bagi menyemarakkan bahang temasya sukan terbesar negara. Hulu Selangor turut berbangga menjadi tuan rumah acara Bola Sepak Wanita SUKMA XXII Selangor 2026, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi penganjuran sukan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, bersama Ahli Majlis MPHS, Puan Saripah binti Bakar dan Puan Thilageswary a/p Muniandi.
Keputusan Kejohanan:
Street Soccer Lelaki
1. JUJU TRIO (Kuala Lumpur)
2. AIR SELANGOR KKB (Selangor)
3. MPHS FC (Selangor)
4. SLZ C (Kuala Lumpur)

Futsal Wanita
1.MV FT X PENG FT (Kuala Lumpur)
2. FOB KL (Kuala Lumpur)
3. MBSA (Selangor)
4. SINA FT (Selangor)

Tahniah kepada semua pemenang dan penghargaan kepada semua pasukan, pegawai, pengadil, urus setia, rakan strategik serta penyokong yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan bakat baharu dan memperkasa pembangunan sukan menuju SUKMA XXII Selangor 2026.

Rentak Kita, Aksi Kita!


PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 27 Julai 2026, 02:49:29.
Jumlah Pelawat :
01318221

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015