Kejohanan Golf Sektor Pembangunan & Pelabur Daerah Hulu Selangor
Bukit Beruntung, 11 Julai 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di bawah Sektor Pembangunan & Pelabur Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Kejohanan Golf 2026 bertempat di Kelab Golf Bukit Beruntung hari ini.
Kejohanan ini telah disertai seramai 128 peserta (32 flight) dengan menggunakan format Stableford System 36 (Handicap of the Day) dan dirasmikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.
Kemeriahan acara turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan); Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, YDP MP Sepang; Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, YDP MP Kuala Langat; Tuan Nazli bin Md Taib, YDP MP Kajang; Tuan Muhamad Hanafi bin Ahmad Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Kerajaaan Negeri Selangor serta rakan strategik MPHS.
Penganjuran kejohanan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara MPHS, IPMC serta pemain sektor pembangunan dan perindustrian. Ianya juga dijadikan sebagai platform interaksi dan libat urus dua hala secara santai dan profesional dalam suasana yang kondusif.
Pihak MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama terutama penaja dan rakan strategik atas sokongan yang diberikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
















