Lawatan Bahagian Audit Dalam ke Kawasan Rasa Bagi Pemantauan Pembersihan Awam dan Isu Persekitaran

LAWATAN BAHAGIAN AUDIT DALAM KE KAWASAN RASA BAGI PEMANTAUAN PEMBERSIHAN AWAM DAN ISU PERSEKITARAN

RASA, 7 September 2026 – Bahagian Audit Dalam, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan lawatan audit ke kawasan perindustrian dan kawasan perumahan di Rasa bagi tujuan pemerhatian dan pemantauan terhadap pelaksanaan kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan oleh kontraktor KDEB.
Hasil pemerhatian di lapangan mendapati terdapat beberapa isu persekitaran yang berpotensi menjejaskan kelancaran kerja-kerja pembersihan awam. Antaranya, terdapat aliran air daripada kawasan kilang ke dalam longkang yang menyebabkan keadaan longkang kotor serta menyukarkan pihak kontraktor KDEB melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan sempurna. Dalam keadaan tersebut, kerja pembersihan yang dapat dilaksanakan oleh kontraktor adalah terhad kepada kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan berkenaan.
Selain itu, didapati terdapat sisa buangan dari kawasan rumah yang disalurkan ke dalam longkang sehingga menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kebersihan kawasan, malah berpotensi menyebabkan aliran air tidak lancar sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.
Pemerhatian turut mendapati berlakunya aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berkenaan yang berpotensi menimbulkan pencemaran udara, bau serta gangguan kepada penduduk atau premis berhampiran.
Lawatan audit ini memberikan gambaran sebenar keadaan di lapangan dan menekankan kepentingan kerjasama semua pihak, termasuk pemilik premis, komuniti setempat, pihak kontraktor dan jabatan berkaitan dalam memastikan kebersihan serta kelestarian persekitaran sentiasa terpelihara.
Bahagian Audit Dalam MPHS akan terus melaksanakan pemantauan dan pemerhatian secara berterusan bagi menyokong usaha penambahbaikan terhadap penyampaian perkhidmatan pembersihan awam serta memastikan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk masyarakat Hulu Selangor.
Bahagian Audit Dalam MPHS – Memperkasa Tadbir Urus, Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 08 September 2026, 03:32:00.
Jumlah Pelawat :
01359741

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015