Lawatan Kerja Bahagian Pusat Setempat (OSC) Dan Jabatan Memperaku MPHS Ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN JABATAN MEMPERAKU MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA (MBSJ) BAGI PERKONGSIAN SERTA PEMANTAPAN TATACARA DAN PROSEDUR KERJA OSC

Subang Jaya, 29 September 2026 – Bahagian OSC bersama Jabatan Memperaku MPHS telah mengadakan kunjungan rasmi dan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian dan pemantapan tatacara serta prosedur kerja Pusat Setempat (OSC), khususnya dalam aspek pengurusan dan penyelarasan proses permohonan pembangunan serta pelaksanaan OSC berdasarkan Manual OSC 3.0 Plus.
Sesi perkongsian turut menjadi platform bagi pertukaran pandangan, pengalaman dan amalan terbaik di antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkemas tatacara kerja serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan OSC.
Delegasi MPHS diketuai oleh Puan Hayati binti Kuneh, Ketua Bahagian OSC, MPHS bersama Lar. Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap MPHS, serta barisan wakil-wakil Jabatan Memperaku yang terdiri daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Landskap, MPHS.
Ketibaan delegasi disambut oleh Jabatan Korporat MBSJ Bersama Puan Sarina binti Saad, Pengarah Jabatan OSC MBSJ serta barisan pegawai Jabatan OSC MBSJ.
Sesi lawatan turut diisi dengan taklimat Khas daripada Puan Sarina binti Saad, Pengarah Jabatan OSC berkaitan pengalaman, cabaran, persediaan dan penambahbaikan OSC dalam pemantapan tatacara dan prosedur kerja Jabatan OSC MPSJ sebagai bandaraya di Selangor.
Selain perkongsian berkaitan pengurusan dan pentadbiran PBT, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai tatacara kerja serta isu-isu berkaitan tatacara, penambahbaikan dan prosedur kerja OSC.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), khususnya Jabatan OSC MBSJ dan Jabatan Korporat MBSJ, serta Jabatan Teknikal Dalaman atas sambutan mesra, perkongsian ilmu, pengalaman serta kesudian menerima kunjungan delegasi MPHS. Kerjasama dan keterbukaan yang diberikan amat dihargai dan diharapkan dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.
Semoga lawatan penanda aras ini dapat memperkukuh hubungan serta jalinan kerjasama strategik yang baik antara MPHS dan MBSJ di samping menjadi platform perkongsian amalan terbaik ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 30 September 2026, 09:32:53.
Jumlah Pelawat :
01378253

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015