Lawatan Tapak Bahagian Audit Dalam MPHS Bersama JPSPPA dan KDEB

LAWATAN TAPAK BAHAGIAN AUDIT DALAM MPHS BERSAMA JPSPPA DAN KDEB BAGI PENGAUDITAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN AWAM

HULU SELANGOR, 2 & 3 September 2026 – Bahagian Audit Dalam, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan lawatan tapak bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) serta wakil KDEB bagi tujuan pengauditan pemantauan terhadap kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan oleh KDEB.

Lawatan tapak ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pengauditan Pemantauan Kerja-Kerja Pembersihan Awam bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan pelaksanaan perkhidmatan pembersihan awam di lapangan. Pemeriksaan turut dijalankan bagi menilai tahap pelaksanaan kerja, pematuhan terhadap skop perkhidmatan serta keberkesanan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

Sepanjang lawatan, pasukan audit bersama JPSPPA dan wakil KDEB telah membuat pemerhatian di beberapa lokasi melibatkan kawasan Batang Kali, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Antara kawasan yang terlibat termasuk Jalan Meranti 5C, Jalan Meranti 5C/1, Jalan Meranti 6A, Jalan Meranti 8A, Kawasan Perniagaan JRD, Taman Seri Batang Kali, Kawasan Perniagaan Jalan Seroja, Jalan Jenjarum, Jalan Ros 2, Jalan Seri Pagi serta kawasan perumahan Kemboja, Widuri dan Kesumba.

Lawatan ini turut menjadi platform kepada Bahagian Audit Dalam untuk mendapatkan maklumat secara terus di lapangan serta bertukar pandangan bersama pihak JPSPPA, pengawas dan KDEB berkaitan isu-isu pelaksanaan dan pemantauan kerja-kerja pembersihan awam.

Kerjasama erat antara Bahagian Audit Dalam, JPSPPA dan KDEB amat penting bagi memastikan perkhidmatan pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, teratur dan berkualiti, seterusnya menyumbang kepada persekitaran yang bersih, selesa dan kondusif untuk kesejahteraan masyarakat di Hulu Selangor.

Bahagian Audit Dalam MPHS – Memperkasa Tadbir Urus, Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan.
 
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 07 September 2026, 03:55:14.
Jumlah Pelawat :
01358696

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015