Majlis Makan Malam Apresiasi Selangor International Business Summit (SIBS) 2026

MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) 2026
Majlis Makan Malam Apresiasi Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Ng Sze Han EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran SIBS 2026, di samping memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor, pemain industri dan komuniti perniagaan di peringkat tempatan serta antarabangsa.
Majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan jaringan strategik dan memperkukuh komitmen bersama dalam memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan serta memperkasakan Selangor sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan bertaraf antarabangsa.
Majlis turut dihadiri YBrs. Puan Dewi Dirwarna binti Munasir Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS sebagai tanda sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh pembangunan ekonomi dan menarik pelaburan demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 19 Oktober 2026, 08:04:42.
Jumlah Pelawat :
01391767

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015